Ok. Hari ni saya nak share resipi mudah dan ringkas untuk minum petang. Kek Pisang yang sangat simple
Resipi ni sangat mudah, dan sangat sesuai untuk mereka yang baru belajar nak buat kek. =)
Tak ada hand mixer pun tak pe. Boleh pakai blender sahaja... hasilnya akan jadi gebu dan sedap seperti di bawah. he
Bahan2:
5 biji pisang sederhana besar
2 biji telur A
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat*
1/2 cawan minyak masak
*Ayak bersama
cara2:
- Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Lapik acuan dengan kertas minyak. Boleh juga gris dengan minyak masak.
- Blend gula dan telur hingga kembang. Lebih kurang seminit.
- Masukkan pisang. Blend lagi sehingga pisang hancur.
- Masukk no.3 ke dalam bekas yang agak besar. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sehingga rata.
- Akhir sekali, masukkan minyak masak. Kacau sehingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang. Bakar 50 minit hingga 1 jam.






